SEJARAH

PENGENALAN

Sekolah ini adalah kembaran daripada Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud .

Nama sekolah ini diambil sempena nama Almarhum Sultan Terengganu iaitu Sultan Mahmud Al Muktafibillah Shah.

23 November 1995 (Jumaat)

Majlis gotong royong untuk menyusun peralatan sekolah diadakan diketuai oleh Encik Kamarudin bin A. Aziz (GPK1), Puan Zubaidah binti Puteh (GPK2) dan En. Mazlan bin Ismail (GPKK).

Turut hadir Tuan Haji Mohammad bin Ab. Hamid (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Besut).

30 November 1995 (Khamis)

Hari pertama pendaftaran murid-murid yang akan belajar di SKTM II, yang diketuai oleh Encik Kamarudin bin A. Aziz, Puan Zubaidah binti Puteh, Encik Mazlan bin Ismail dengan dibantu oleh beberapa orang guru yang baru ditugaskan untuk mengajar di sekolah ini.

Turut hadir Tuan Haji Mohammad bin Ab. Hamid (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Besut).

Seramai 380 orang murid telah mendaftarkan diri.

1 Disember 1995 (Jumaat)

Satu majlis solat hajat dan bacaan surah Yassin diadakan di surau sekolah pada pukul 9.00 malam.

Turut hadir Tuan Haji Mohammad bin Ab. Hamid, beberapa orang guru besar dari sekolah berdekatan, guru-guru dan penduduk kampung yang berdekatan.

3 Disember 1995 (Ahad)

Sekolah dibuka untuk sessi persekolahan tahun 1996.

Guru Besar Encik Mohammad @ Hussin bin Muda dan seramai 21 orang guru serta seorang Pembantu Tadbir telah melapor diri.

Tuan Haji Zakaria bin Sulong (KPP Rendah JPNT) dan Encik Ibrahim bin Hussin (PSR 1, JPNT) hadir untuk melawat sekolah sempena hari pertama sekolah ini dibuka.

Mesyuarat pertama sekolah diadakan bersama pegawai JPNT, Guru besar dan guru-guru.

Murid-murid yang belajar di sekolah ini adalah terdiri daripada murid-murid daripada Sekolah Kebangsaan Gong Bayor dan Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud.Kelas yang mula dibuka ialah 3 kelas tahun 1, 2 kelas tahun 2, 2 kelas tahun 3, 2 kelas tahun 4 dan 2 kelas tahun lima. Tiada murid tahun 6. Jumlah semua murid ketika itu ialah 380 orang.

8 Disember 1997

Keputusan peperiksaan UPSR dan PTS kali pertama diumumkan. Keputusan 1997; 6 orang mendapat 5A.

Peratus lulus semua matapelajaran ialah 57.14%.

Keputusan PTS; 2 orang murid telah berjaya melangkah kelas.

Kejayaan tersebut di sambut dengan satu majlis kesyukuran. PIBG telah menyumbangkan 2 ekor lembu untuk dijamukan kepada warga SKTM II.

6 Oktober 1998

Keputusan peperiksaan UPSR dan PTS diumumkan.

Keputusan UPSR 1998 ialah 7 orang murid berjaya mendapat 5A.

Peratus lulus semua matapelajaran ialah 81.3 %.

Keputusan PTS pula 2 orang murid layak melangkau kelas.

31 Oktober 1998.

Pertukaran Guru Besar SKTM II yang pertama, Encik Mohammad @ Hussin bin Muda bertukar ke SK Kampong Raja.

1 November 1998

Guru Besar baru, Yang Mulia Raja Hussin bin Raja Puteh melaporkan diri. Beliau bertukar dari SK Felda Selasih.

31 Disember 2000

Pertukaran Guru Besar SKTM II yang kedua, Yang Mulia Raja Hussin bin Raja Puteh ke SK Alor Peroi.

1 Januari 2001

Guru Besar baru, Encik Mohamed bin Wan Dagang melaporkan diri. Beliau bertukar dari SK Alor Peroi.