Mesyuarat Guru dan Staf Pertama Sesi 2011

Mesyuarat Guru dan Staf Kali 1 untuk Sesi 2011 telah diadakan pada pukul 10.30 pagi selepas pendaftaran murid-murid.
Pada tahun 2011, seramai 47 guru sedia berkhidmat termasuklah 2 orang guru yang baru bertukar.
Mesyuarat ini adalah untuk menyatakan visi dan misi tahun 2011, perjalanan persekolahan, pembahagian tugas dan peranan jk yang telah ditubuhkan.
Harapan sekolah agar SKTM mencapai visi dan misi, dan terus berjaya dalam semua program yang disertai.