Mesyuarat Guru dan Staf Pertama Sesi 2011

Mesyuarat Guru dan Staf Kali 1 untuk Sesi 2011 telah diadakan pada pukul 10.30 pagi selepas pendaftaran murid-murid.
Pada tahun 2011, seramai 47 guru sedia berkhidmat termasuklah 2 orang guru yang baru bertukar.
Mesyuarat ini adalah untuk menyatakan visi dan misi tahun 2011, perjalanan persekolahan, pembahagian tugas dan peranan jk yang telah ditubuhkan.
Harapan sekolah agar SKTM mencapai visi dan misi, dan terus berjaya dalam semua program yang disertai.

Pendaftaran Murid bagi Sesi 2011

Tanggal 29.12.2010 telah mengadakan hari pendaftaran murid-murid bagi sesi persekolahan 2011. Perdaftaran tersebut bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 10 pagi. Ramai ibubapa dan murid telah hadir untuk mendaftar anak-anak mereka yang terdiri dari prasekolah sehingga tahun 6.
Selain dari membuat pendaftaran, ibubapa juga dikehendaki membayar pungutan sumbangan persekolahan dan juga sumbangan PIBG mengikut garispanduan yang tetah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

KEJAYAAN SKTM II TAHUN 2010

PENTADBIRAN
1. JOHAN KEBERSIHAN PERINGKAT NEGERI 2010
2. NAIB JOHAN BUMI HIJAU
3. JOHAN MELUKIS MURAL PERINGKAT DAERAH


AKADEMIK
1. UPSR 2010 - 35 ORANG MURID MENDAPAT KEPUTUSAN 5A (33.65%)
2. UPSR 2010 - GPS 1.52 IAITU TEMPAT KE 12 NEGERI TERENGGANU, NO 2 DI BESUT
3. UPSR 2010 - LULUS 100% DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK & SAINS
4. ANUGERAH IKLIM PENYUNGGUHAN UPSR 2010 (NEGERI)

KOKURIKULUM
1. MUHD. IFRAN AIMAN B MAT HASAN - OLAHRAGA (LOMPAT BERPAGAR) MEWAKILI MSST KE MSSM (KEBANGSAAN). MENDAPAT PINGAT GANGSA
2. NUR SYAFIQAH BT RASHID - CATUR MEWAKILI MSST KE MSSM (KEBANGSAAN) MENDAPAT TEMPAT KE 4 BERPASUKAN.

AKADEMIK KOKURIKULUM
1. KUMPULAN NASYID AL AMIN MEWAKILI DAERAH KE PERTANDINGAN ANJURAN AL-MUKMIN DAN MENDAPAT NAIB JOHAN.
2. WAN AISYAH BT W. M. ZAHIRUDDIN TERPILIH MENYERTAI PENYERTAAN 'SEKOLAHKU HEBAT' ANJURAN ASTRO CERIA.
3. JOHAN PERTANDINGAN GUBAHAN PASCA UPSR PERINGKAT DAERAH 2010