Pendaftaran Bagi Tahun 2010

Pendaftaran murid-murid pra sekolah dan murid tahun 1 hingga tahun 6 akan diakan pada 31.12.2009 (Khamis) mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi di dewan Bestari.

Kedai sekolah juga akan dibuka pada hari tersebut untuk murid-murid membeli keperluan peralatan sekolah seperti buku tulis, lencana, baju t-shirt sukan dan sebagainya.

Senarai nama murid-murid akan ditampal di papan kenyataan untuk di semak oleh murid-murid.

Selamat kembali ke sekolah

Pertukaran Guru bagi Tahun 2010

Pada sesi tahun 2010 ini, SKTM II akan kehilangan khidmat 3 orang guru akan akan bertukar ke sekolah lain.
Guru-guru tersebut ialah Ustaz Shaidi b. Sulaiman, Puan Suriana bt. Yussof dan Ustazah Nor Hafizah bt. Ab Aziz.

Ustaz Shaidi telah mula berkhidmat di SKTM II mulai tarikh 01.01.1998, iaitu selama 11 tahun. Beliau akan bertukar ke SK Permaisuri Nur Zahirah. Banyak sumbangan yang telah beliau berikan ke atas kejayaan dan kecemerlangan SKTM II terutama dalam bidang Pendidikan Agama Islam dan juga aktiviti keagamaan seperti Festival Nasyid sehingga kini SKTM II yang mewakili ke peringkat kebangsaan selama 2 kali. Beliau juga merupakan Pengerusi Badan Disiplin, Pengerusi Panitia PAI, Pengerusi J-Qaf, Guru Permainan Sepak Takraw, dan Bola Sepak Tahniah dan sekalung penghargaan buat beliau. Semoga beliau dapat meneruskan khidmat cemerlang ini.



Puan Suriana pula mulai berkhidmat pada 01.12.1995 iaitu selama 14 tahun dan merupakan antara guru-guru yang ditempatkan bersama dengan pembukaan SKTM II. Beliau akan bertukar ke SK Tembila.
Antara khidmat beliau ialah Juruaudit Kewangan Sekolah, Bendahari Kelab Guru & Staff, Penyelaras Dana Khas, SU JK Buku Teks, Permainan Bola Jaring dan Unit Tunas Puteri. Beliau juga merupakan guru matematik yang cemerlang dan banyak kenal dengan penjaga murid-murid.



Manakala Puan Nor Hafizah merupakan guru J-Qaf yang telah berkhidmat selama 3 tahun. Pertukarannya adalah pertukaran suka sama suka. Beliau akan bertukar ke SK Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau bertukar ini kerana mengikut suaminya yang bertugas di Kem Tentera di Kuala Pilah. Walaupun hanya sempat bersama SKTM II selama 3 tahun, beliau telah memberi didikan agama melalui J-Qaf dengan cemerlang sekali. Beliau juga banyak menjayakan program-program sekolah terutama program agama seperti Solat Bestari, Kelas Pra, dan Bacaan AlQuran.

Tahniah dan sekalung penghargaan buat beliau. Semoga ketiga-tiga ini ini dapat meneruskan khidmat cemerlang ini. Jasa dan khidmat bakti kalian semua tetap akan dikenang.

40 Orang 5A UPSR 2009

Tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A bagi UPSR 2009 iaitu seramai 40 orang murid.
Keputusan ini telah meningkat berbanding dengan tahun sebelumnya iaitu bagi tahun 2008 hanya seramai 29, tahun 2007 juga 29 orang.
Peratus minima C pula, walaupun menurun tetapi masih di peringkat yang cemerlang iaitu 87.13% berbanding dengan tahun 2008 iaitu 88.79%.
Kejayaan ini adalah kejayaan hasil dari kerja keras murid-murid dan guru-guru serta dengan kerjasama ibubapa. Pengorbanan masa untuk mengikuti kelas tambahan di waktu petang dan juga malam, berbaloi.
Kejayaan ini telah memberi semangat kepada murid-murid lain dan guru-guru untuk mencapai lebih kecemerlangan pada tahun-tahun akan datang.